Ahli Majlis Wal Jamaah..

Isnin, 22 November 2010

Azwan Ali Propa Kata Dah Bertaubat?

Photobucket

11 NOV 2010: Murai Batu pun tak faham dengan si pengacara laser Azwan Ali ni. Kata dah bertaubat dan nak kembali ke pangkal jalan, siap buat lagi buku Selamat Jalan Dunia Pondan, tapi dalam twitter, punyalah dia meroyan gilakan seorang artis baru ni yang bersuara jantan.

Si artis baru yang Murai Batu maksudkan ini adalah juara Akademi Fantasia Musim Ke-8 (AF8), Shahir. Yelah, apa taknya dalam twitter Azwan Ali, asyiklah menyebut perkataan embun punnn....

Sah-sah perkataan embun punnn..itu adalah sebahagian daripada lirik lagu Kebahagian Dalam Perpisahan nyanyian Shahir yang dicipta oleh salah seorang adik beradik KRU iaitu Edry Abdul Halim.

Bukan setakat itu saja, Azwan Ali secara terang-terangan pun telah menyebut nama Shahir sebagai artis lelaki pujaannya. Sana-sini, Shahir. Bukak mulut jer Shahir. Dah jadik macam orang gila angau pulak. Apa kes? Dah lupa ke yang awak tu tengah nak bertaubat. Sedihhh....

Khabarnya ada seorang hamba Allah ni cukup berani melaserkan si Azwan. Depan-depan muka Azwan, dia cakap si Azwan ni propa jer nak bertaubat. Dia ingatkan bila dia cakap macam tu si Azwan tu nak meletup.

Rupa-rupanya si Azwan ketawa berdekah-dekah. Siap cakap lagi yang dia memang memuja Shahir. Kira macam Shahir tu artis lelaki favourite dialah sekarang ni.

Sebabnya, lepas Jamal Abdillah, dia tak nampak lagi penyanyi lelaki yang mempunyai aura kejantanan macam penyanyi lagu Kekasih Awal dan Akhir itu kecuali Shahir. Sebab itulah, dia asyik mencanangkan nama Shahir di sana-sini.

Yang kelakarnya tu, apa yang si Azwan sebut pasal Shahir kat dalam twitter, Shahir tau pulak semuanya. Padahal, bukannya Shahir tu ada akaun twitternya sendiri. Tapi, biasalah mestilah kawan-kawan dia bagitaukan?

Rupa-rupanya Shahir memang selalu mengikuti akaun twitter Azwan Ali dan bila Azwan Ali sebut je apa-apa yang berkaitan dengan dirinya dalam akaun twitter tersebut, dia akan senyum.

MURAIBATU: Bila Azwan Ali nak lancarkan buku Selamat Jalan Dunia Pondan? Takkan itu pun dia nak propa!

COPY n PASTE FROM murai.com

2 ulasan:

ardinihumaira berkata...

parah la azwan ni ;p

SyUhAdA berkata...

mcm2 la..susah nak ubah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...